Friday, June 19, 2009

LATAR BELAKANG BOSS SMK TUN TIJAH

1.1 Pengenalan

Program Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) telah mula diperkenalkan oleh
kerajaan pada tahun 1975. Ia bertujuan meringankan beban kewangan yangditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu khususnya dalam menyediakan buku teks untuk persekolahan anak mereka. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun. Justeru itu, buku teks wajar dijaga rapi dengan kemudahan bilik dan pengurusan yang cekap. Untuk tujuan itu, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks ( BOSS ) ditubuhkan bagi menaiktaraf stor buku teks yang keadaannya kurang memuaskan. Walaupun nama dan rupa berbeza, fungsinya tetap sama, iaitu sebagai nadi dari segi penyimpanan, pengagihan, pinjaman, pemulangan, pelupusan dan terutamanya pengurusan.

1.2
Sejarah

Pada asalnya, bilik SPBT terletak di tingkat bawah blok B. Oleh kerana bilik ini terlalu kecil dan selalu dilanda banjir kilat selepas hujan lebat, bilik SPBT telah dipindahkan ke tingkat bawah blok E yang baru siap dibina pada bulan April tahun 2003. Pada tahun ini, iaitu 19-1-2008 ( hari Sabtu ), bilik SPBT sekali lagi dipindahkan ke tingkat satu blok E. Makmal komputer blok E telah diubahsuai menjadi bilik BOSS yang baru hingga sekarang.
Mulai tahun 2006, semua urusan SPBT telah dibuat dengan Sistem Sisteksbbt.


1.3 Matlamat

Menjadi nadi pengurusan dan pengagihan buku teks kepada semua pelajar.


1.4 Objektif

1.4.1 Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

1.4.2 Menjadi pusat simpanan buku teks yang selamat.

1.4.3 Mengurus data dengan berkualiti dan cekap.

1.4.4 Menggunakan sistem ICT dengan maksimum.

1.4.5 Memberikan perkhidmatan yang mesra dan berhemah.

1.4.6 Melahirkan pengawas yang cekap dalam pengurusan SPBT.

1.4.7 Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan menghargai buku teks.

1.4.8 Mewujudkan suasana kerja yang bersih, selesa dan ceria.

1.5 Misi

SMK Tun Tijah Ke Arah Johan Pengurusan BOSS Cemerlang Peringkat

Kebangsaan Tahun 2012.


1.6 Visi

1.6.1 Menjuarai Pertandingan BOSS Cemerlang peringkat negeri Melaka 2010.

1.6.2 Menggunakan ICT sepenuhnya dalam pengurusan maklumat.

1.6.3 Memberikan perkhidmatan yang mesra dan berhemah.

1.6.4 Melahirkan guru dan pengawas SPBT yang mahir dan cekap.

1.6.5 Melahirkan pelajar yang memartabatkan buku teks.


1.7 Motto

“Kualiti Pendidikan Bermula Dari BOSS”


1.8 Kejayaan

1.8.2 Anugerah BOSS Cemerlang Peringkat Negeri Melaka 2006

1.8.2 Anugerah BOSS Cemerlang Peringkat Negeri Melaka 2007

1.8.3 Anugerah BOSS Cemerlang Peringkat Negeri Melaka 2008

No comments:

Post a Comment